Salam

Monday 31 December 2012

Lawatan Kuala Ketil....

Assalamualaikum, semoga semua pengunjung sihat dan sentiasa menjalani kehidupan dengan penuh kecerian....Pada 24 december 2012 , satu lawatan Pusat Pengajian Asasi ke kampus induk KUIN di Kuala Ketil...Semua staff Asasi + staff KTSM + staff Kejuruteraan....
Barisan staf asasi dalam sesi lawatan ke kuala ketil

Staff asasi bersama Dekan Pusat Pengajian Asasi

Wing untuk asasi

Bilik pensyarah yang belum lengkap

Makmal 

Semoga dengan perpindahan kita ke kuala ketil akan menjamin kuantiti dan kualiti  serta keselesaaan pembelajaran di Kolej Universiti Insaniah bagi pelajar dan juga staf.Diharapkan dengan ini, kite semua dapat mengaplikasi segala objektif KUIN iaitu berjaya di dunia dan akhirat....amien....

Friday 30 November 2012

SEM 3 Asasi selesai peperiksaan akhir...

Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan semester 3 untuk pelajar asasi...Akhirnya selesai juga 3 semester berhempas pulas..semoga segala usaha, doa dan tawakal di ganjarkan dengan sebaik2 balasan dari Allah...Pusat pengajian Asasi mengucapkan tahniah bagi pelajar asasi sem 3 dan kami mendoakan kejayaan kamu semua....Pusat pengajian Asasi mengucapkan jutaan terima kasih pada pelajar asasi sem 3 kali ini yang banyak membantu pusat pengajian asasi amnya dan para pensyarah serta para pelajar asasi yang lain..sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalaskan...

Kini tiba masanya kamu semua melangkah ketahap yang lebih tinggi...semoga kamu semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang mendapat 4.0 di dunia dan akhirat mengikut bidang masing-masing...

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN UNTUK KITE SEMUA...

Monday 26 November 2012

TAKLIMAT ASASI....

Alhamdulillah selesai taklimat asasi bertarikh 22 November 2012 di Dewan Santapan KUIN....Terima kasih kepada wakil2 yang terlibat daripada HEP, BENDAHARI, IT dan juga dari Dekan Pusat Pengajian Asasi  Kolej Universiti Insaniah sendiri...Semoga dengan adanya taklimat sebegini dapat menyelesaikan masalah pelajar2 asasi...
Taklimat dari En Taufiq wakil dari perpustakaan KUIN....
Semoga dengan adanya taklimat ini semua pelajar asasi terdedah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.  Pelajar-pelajar asasi dinasihatkan supa lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran...aktifkan diri dengan perkara2 yang bermanfaat seiring mempertingkatkan potensi diri.  
 Pelajar-pelajar yang hadir mendengarkan taklimat asasi

Diminta semua pelajar asasi update berkenaan pendaftaran kursus , bendahari dan juga program2 yang dianjurkan Pusat Pengajian Asasi serta PERINTIS...
Setiap pelajar asasi perlu berjumpa dengan MENTOR yang dilantik dari pensyarah Pusat Pengajian Asasi. Program MENTOR MENTEE bertujuan mendidik, melatih, menasihati dan membimbing pelajar asasi menjadi insan yang 4.0 dari segi akademik dan juga sahsiah.
Segala yang terbaik disediakan oleh KUIN untuk menjadikan para pelajarnya cemerlang di dunia dan juga akhirat..inshaallah..





Sunday 4 November 2012

Kepada semua pelajar sem 2....

Salam kepada semua pengunjung blog , semoga sihat dan dalam keadaan tenang... Selamat menduduki peperiksaan SPM bg yang terlibat... Kami pihak asasi mendoakan yang terbaik untuk anda semua.  Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang inshaallah...
Pengumuman kepada para  pelajar asasi yang akan mendaftar untuk sem 2 2012/2013, sila berjumpa dengan MENTOR masing-masing untuk mendapatkan nasihat bagi memilih subjek pada sem 2.  Untuk makluman semua,pemilihan subjek adalah bergantung kepada keputusan anda pada sem 1.  Bagi para pelajar yang belum mengetahui siapakah MENTOR, sila berjumpa dengan En Malik di pejabat asasi.
TAHNIAH bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang, dan USAHA lebih lagi bagi yang kurang berjaya..Inshaallah kejayaan akan menanti bagi sesiapa yang berusaha.  Bagi yang mendapat status LB(lulus bersyarat) dan GB (gagal berhenti), sila berjumpa dengan MENTOR anda dengan kadar segera...

Tuesday 23 October 2012

SALAM AIDILADHA .....

Assalamualaikum kpd semua pengunjung blog....seluruh staff pusat pengajian asasi ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha@ hari raya korban....

Salam aidiladha

Semoga segala pengorbanan kita ke arah perkara yang baik memberi pahala kepada kita semua ..inshaallah..

Sambutan hari raya aidiladha ini Allah kurniakan kepada kita (umat islam) di atas kejayaan nabi Ibrahim dan juga nabi Ismail.Semoga kita semua lebih mengambil kira syariat Allah lebih dari segalanya...amien...
 

Wednesday 3 October 2012

Pengambilan pelajar baru Disember 2012...

Kolej Universiti Insaniah akan membuat pengambilan baru pada Disember 2012. Permohonan boleh dibuat melalui website Kuin dan juga boleh terus datang ke Jabatan Hal Ehwal Akademik Kolej Universiti Insaniah untuk mengambil borang secara manual.  Kami Pihak Pusat pengajian Asasi sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar baru  pada sesi ini.  Untuk pengetahuan semua Pusat Pengajian Asasi menawarkan 3 prgrm iaitu :
1. Asasi Pengajian Islam
2. Asasi Pengurusan
3. Asasi Sains
Semua prgrm yang kami tawarkan mendapat pengiktirafan dari pihak MQA Malaysia. Tempoh masa pembelajaran asasi adalah selama 1 tahun, dan selepas itu semua pelajar yang menamatkan pengajian di peringkat asasi boleh menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Marilah bersama-sama kami berkongsi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan disamping mengislamisasikan ilmu....
Kami staf pusat pengajian Asasi sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar baru
 



Final Exam...

Kepada semua pelajar asasi sem 1 sesi 2011/2012, peperiksaan akhir akan diadakan pada 14 okt 2012 - 20 okt 2012.  Antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menghadapai peperiksaan:
 1. Sila semak jadual peperiksaan di Pusat pengajian asasi.
 2. Sila isi borang evaluasi Pensyarah melalui portal pelajar.
 3. Sila print slip peperiksaan melalui portal pejalar.
 4. Jangan lupa berjumpa dengan mentor masing-masing sebelum menduduki peperiksaan.
 5. Jangan lupa bawa slip peperiksaan, kad matrik@ kad pengenalan ketika menduduki         
     peperiksaan.
 6. Semoga beroleh kejayaan..amien...

 "All the best" kepada semua pelajar asasi yang akan menduduki peperiksaan..


Majlis Graduasi Kali Ke 3 selesai...

Alhamdulillah di atas kerja sama semua pihak dari kalangan Staf Asasi dan para pelajar asasi majlis graduasi kali ke 3 dapat dijalankan dengan gilang gemilang.  Jutaan terima kasih diatas bantuan semua pihak.  Majlis graduasi juga diserikan oleh konsert UNIC dan PAK LONG pada malamnya.  Sambutan untuk konsert sangat memberangsangkan.

Barisan staf asasi yang terlibat bagi menjayakan Majlis Graduasi kali ke 3 sesi 2011/2012


Monday 10 September 2012

Konsert Hari Graduasi 2012...

Anda dijemput memeriahkan pesta konvo Kuin kali ke -14.  Bersama-sama menyertai konsert amal dari kumpulan 'UNIC' dan juga 'PAK LONG'  . Jom sama2 membeli tiket!!!...

Jamuan Aidilfitri....ppa+alumni perintis+perintis...






Salam aidilfitri kepada semua pengunjung blog asasi KUIN...Inshaallah PPA (pusat pengajian asasi), Alumni Perintis & Perintis akan mengadakan jamuan aidilfitri .  Di sini dijemput kepada semua warga asasi (staff & pelajar asasi) dialu-alukan memeriahkan jamuan aidilfitri.  Maklumat berkaitan jamuan seperti berikut:
                        Tempat : Perkarangan Dewan Besar KUIN
                         Tarikh : 12 September 2012
                         Masa : 8 mlm-10.30 mlm
                         Pakaian : Baju raya
Objektif jamuan aidilfitri diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara Staf dan juga pelajar asasi.  Semoga ukhwah kerana allah yang terjalin antara kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Tuesday 4 September 2012

Preparation for Graduation day...

Salam syawal , dan ucapan tahniah kpd semua pelajar asasi yang telah menamatkan pengajian di peringkat asasi serta dapat meraikan kejayaan dalam Majlis Graduasi 2012 yang akan diadakan pada 20 september 2012.  Majoriti pelajar-pelajar asasi yang telah menamatkan pengajian di peringkat asasi selama setahun sedang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Insaniah, UNIKL, AUCMS, UITM, Mesir dalam pelbagai bidang.

   Kepada semua pelajar Asasi yang layak bergraduasi sila update notis di asasi seperti, pembayaran yuran graduasi, saiz jubah dan kehadiran.  Semoga majlis graduasi kali ini menjadi salah satu kenangan manis untuk anda semua dalam melangkah lebih jauh dan berjaya di dunia dan akhirat...amien...

 






Saturday 18 August 2012

SALAM EID FITRI 2012


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Alhamdulillah kita telah selesai menjalani latihan mendidik jiwa kita dalam bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu. 30 hari yang penuh dengan Rahmat dan Barakah Allah itu merupakan Eid (Hari Raya) bagi kita. Mengapa saya katakan ianya adalah Eid ?

Kalimah Eid dari segi bahasanya bermaksud kembali. Oleh itu, Bulan Ramadhan dikira sebagai suatu perayaan kerana kita semua berusaha untuk kembali kepada Allah dan itulah fitrah kita yang sebenarnya.

Kini tibalah Hari Raya Eidil Fitri. Hari kemenangan yang Allah kurniakan pada umat Islam kerana kita telah kembali kepada fitrah. Sebab itu ianya dinamakan Eidil Fitri.

 Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Saya mewakili warga Pusat Pengajian Asasi, Kolej Universiti INSANIAH menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekurangan, kesilapan dan kesalahan kami selama ini. Kami juga ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.
MINAL 'AIDIN WAL FAIZIN


Sebelum saya mengakhiri post kali ini, saya ingin berkongsi beberapa nasihat.

Pertama, marilah kita sama-sama meneruskan amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan seperti menjaga solat berjema'ah, tilawah Qur'an, bersedeqah dan lain-lain. Kita adalah hamba Allah, bukannya hamba Ramadhan. Ada pepatah arab yang berbunyi :

" Kun Rabbaniyyan Wala Takun Ramadhaniyyan "

Jadilah kamu orang yang Rabbani (dekat kepada Allah), Jangan Kamu jadi orang yang Ramadhan 
(dekat kepada Allah pada bulan itu sahaja). 

Ini salah satu hikmah disyariatkan puasa 6 hari di bulan Syawal.

Kedua, Perbanyakkan takbir kepada Allah sebagai lambang kemenangan kita di bulan Ramadhan. Kita berdoa kepada Allah supaya menerima segala amalan kita. Rasulullah s.a.w juga sentiasa mendoakan para Sahabat r.a apabila bertemu dengan ucapan :

" Taqabbalallahu Minna wa Minkum. "

Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu. 

Dan yang terakhir, Sambutlah hari Raya ini dengan penuh kegembiraan tanpa melanggar batas-batas syariat. Elakkan dari hiburan yang melalaikan. Jaga adab-adab ketika bertamu. Insya Allah Allah akan memberi pahala di atas kegembiraan kita ini.

Wallahu 'alam. Semoga kita dapat bertemu dengan tetamu Agung (RAMADHAN) ini pada tahun hadapan.
Jazakumullahu Khairan Kathira.
 
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.






Sunday 22 July 2012

SMART CAMP 2012

 Alhamdulillah dan Jazakumullah khairan kathira kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program SMART CAMP 2012. Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Asasi, KUIN ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan bilangan peserta seramai 50 orang. Berikut adalah butiran ringkas mengenai kem ini :

Tarikh : 31 Mei 2012 - 2 Jun 2012.
Tempat : Kem Paya Pahlawan, Jitra.


Sinergi : All for one, One for All

 Objektif Kem :

1. Memberikan pengetahuan mengenai cara hidup berdikari serta membina keyakinan diri.
2. Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama serta menghormati antara satu sama lain.
3. Memotivasikan diri peserta untuk lebih berdisiplin dan bijak dalam membahagikan masa.
4. Mengeratkan silaturrahim antara setiap peserta.




Barisan urusetia dari kalangan pensyarah Asasi KUIN


Peserta-peserta muslimat yang sporting

 Dengan motto " Smart PACK  : Person, Attitude, Confident, Knowledge " , para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti menarik bagi mencapai objektif yang digariskan.


Asasi Got Talent
Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Aku, Dia dan Kamu
2. Kembara Keinsafan
3. Mukmin Profesional
4. Zikir Nafas
5. Asasi Got Talent
6. Malam Muda Mudi






dan banyak lagi aktiviti yang menarik..


Lake crossing


Demi Masa : Berakit

Bergambar sebelum bertolak pulang


Kita doakan agar kem seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang. Insya Allah.. 


Tuesday 22 May 2012

PERASMIAN PERINTIS SESI 2012/2013

Alhamdulillah dan jutaan terima kasih bagi semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Watikah Perlantikan Perintis untuk sesi 2012/2013.Tahniah kepada ahli jawatankuasa perintis yang bertukus lumus melancarkan prgam tahunan ini. Maklumat Program Watikah Perlantikan Perintis:

Tempat : Dewan Santapan Kolej Universiti Insaniah
Masa : 9.30pg-1ptg
Tarikh : 14 Mei 2012

Dengan ini secara rasminya semua ahli jawatankuasa Perintis menjadi pembantu Pensyarah-pensyarah di Pusat Pengajian Asasi (PPA) dan juga menjadi wadah untuk semua pelajar Asasi KUIN bertepatan dengan polisi Perintis .
Persatuan Perintis dianggotai oleh 16 orang pelajar yang terdiri dari Majlis Tertinggi dan juga Biro-biro yang bertanggungjawab mengadakan prgram yang selari dengan objektif penubuhan Perintis.
Persatuan Perintis juga di ketuai oleh Dekan Pusat Pengajian Asasi yang bertindak sebagai Penaung dan juga 3 penasihat dalam ketiga-tiga progrm asasi iaitu Asasi Pengajian Islam(API), Asasi Sains(ASC) dan juga Asasi pengurusan(ASP) iaitu Penasihat Am , Penasihat 1 dan juga Penasihat 2.

Diharapkan barisan Kepimpinan Perintis sesi 2012/2013 dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sepenuhnya.  Dan juga mengamalkan konsep berpersatuan sepertimana dianjurkan oleh islam.  Dalam persatuan juga semua pelajar belajar mengenali pelbagai karenah dan juga pelbagai cabaran .  Berpesatuan juga mengajarkan kita semua konsep takaful, berlapang dada dan elakkan kita semua mendabik dada.  Kita semua belajar menjadi yang terbaik dari segi Akademik, Sahsiah, Akhlak dan juga Optimum dalam setiap perancangan.
Barisan kepimpinan dan juga barisan pensyarah,penasihat dan juga Dekan Pusat Pengajian Asasi, KUIN.
Selamat mejalankan tugas dengan amanah semoga sebaik-baik balasan allah ganjarkan kepada kita..amien...

Barisan Kepimpinan Perintis 2012/2013
Barisan VIP yang hadir, Penasihat Am, Timbalan Dekan HEP, Dekan Pusat Pengajian Asasi, dan Penasihat 2
Barisan Pensyarah yang hadir

Persembahan kumpulan nasyid dr pelajar Asasi

Tuesday 27 March 2012

INDUKSI PERINTIS 2012...

Tahniah kepada  barisan kepimpinan PERINTIS (persatuan pelajar asasi KUIN) 2012 yang telah dilantik oleh Pusat Pengajian Asasi  untuk menjadi wakil suara pelajar asasi sesi ini.  Seramai 16 orang pelajar telah dilantik.
Dengan ini, satu kursus INDUKSI telah dianjurkan oleh Pusat pengajian asasi bersama Hal Ehwal Pelajar KUIN pada 24 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KUIN.  Program bermula pada 9 pagi dan tamat pada 5 petang.  Turut hadir bersama Penasihat 1 dan Penasihat 2 Persatuan pelajar Asasi KUIN serta para pensyarah asasi yang membantu.  Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan alumni PERINTIS yang terdiri daripada para pelajar Ijazah Sarjana Muda di KUIN.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada barisan kepimpinan PERINTIS berkaitan objektif persatuan,prosedur bagi menjalankan aktivit di bawah persatuan.
Kertas kerja di bentangkan oleh alumni PERINTIS hasil daripada INDUKSI yang dijalankan oleh HEP KUIN.

    Pelajar sedang mendengar penerangan berkaitan prosedur kerja

Barisan kepimpinan PERINTIS 2012

 Barisan kepimpinan Muslimat asasi 
Barisan kepimpinan muslimin asasi

 Modul yang diterima oleh setiap AJK PERINTIS




Ribuan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan PERINTIS yang hadir , jadi dengan ini bermulalah perjuangan kalian.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada barisan penasihat dan juga pensyarah asasi yang membantu dalam melancarkan kursus INDUKSI 2012 ini.
Serta ribuan terima kasih kepada barisan alumni PERINTIS yang membantu..

Tuesday 20 March 2012

NEXT STEP TO BE OUR FAMILY...

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog asasi kuin, semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang allah.  Semoga kita semua lebih baik dari hari-hari sebelumnya.  Di ambang minit-mint terakhir bagi semua adik-adik diluar sane menerima keputusan SPM 2012.  Keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 21 mac 2012.  Debaran pasti terasa buat adik-adik semua. Sama-samalah kita berdoa supaya allah memberi yang terbaik buat kita semua, jika keputusannya cemerlang alhamdulillah syukur pada allah dengan rezeki yang diberi, jika keputusannya kurang memberangsangkan,jadikan ianya adalah ujian untuk adik-adik  untuk pergi lebih jauh dan lebih berjaya dalam hidup ini. Adik-adik boleh berjumpa dengan staf kami di tempat-tempat berikut:

1. Tempat  : Stadium Sultan Abd Halim, Alor Setar Kedah
    Tarikh    : 20 &21 Mac 2012
2. Tempat : Stadium Sultan Muhammad Shah ke IV, Kota Bharu, Kelantan
     Tarikh : 28 & 29 Mac 2012
3. Tempat : Karnival Pendidikan dan Kerjaya (Jabatan Pendidikan Daerah Seremban Negeri Sembilan)
     Tarikh : 24 & 25 Mac 2012
4.  Tempat :  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
      Tarikh : 21 Mac 2012
5. Tempat : Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah
     Tarikh : 21 Mac 2012
6. Tempat : Sek Men  Keb Syed Ibrahim Pendang, Kedah
    Tarikh  : 21 Mac 2012

Selamat Datang Ke Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah, KUIN
Dekan Pusat Pengajian Asasi mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi kemasukan Jun 2012



Wednesday 14 March 2012

PROMOSI SEK MEN KEB SYED IBRAHIM...

Promosi seterusnya di Sekolah Menengah Keb Syed Ibrahim, Pendang Kedah.  Alhamdulillah, kerjasama yang sangat baik diberikan oleh pihak sekolah. Jutaan terima kasih di ucapkan dari pihak Pusat Pengajian asasi KUIN kepada Pengetua, En Jamil, kaunselor dan juga guru-guru yang terlibat dalam program motivasi & promosi yang diadakan semalam.  Seramai 180 orang pelajar tingkatan 5 terlibat.  Program dimulakan dengan kaedah belajar yang betul untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
 Para pelajar sedang mendengar penerangan....


Ustazah Nazuha sedang memberi penerangan berkaitan teknik belajar pelajar cemerlang...




Penerangan daripada Puan Umaira

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.  Para pelajar yang berminat boleh terus menghubungi pihak Pusat Pengajian asasi atau terus melayari ke website KUIN, atau meninggalkan komen atau soalan diruangan komen blog ini..sekian terima kasih...


Sunday 4 March 2012

MAJLIS PERPISAHAN...

Majlis perpisahan bersama ustaz Ahmad Fauwaz B Fadzil Noor telah diadakan pada 1 mac 2012.  Pusat Pengajian Asasi KUIN kehilangan seorang ustaz yang berkaliber dan juga sebagai penyelaras Asasi Pengajian Islam KUIN. Ustaz sangat banyak membantu para pelajar dalam memahami kepentingan ilmu.  Selain itu juga pusat pengajian asasi mengadakan usrah bersama staf asasi dan juga ustaz Fauwaz setiap bulan.  Terlalu bnyk perkongsian ilmu yang ustaz curahkan kepada kami staf mahupun para pelajar asasi.  Semoga ustaz tidak akan jemu-jemu lagi untuk membntu kami semua dalam mencapai misi dan visi KUIN dan juga menjadi hamba Allah yang berjiwa tawazun. Semoga segala ilmu, pengalaman , pendapat ustaz yang baik Allah membalasnya dengan sebaik balasan inshaallah dan semoga lebih berjaya di dunia dan akhirat..amien..
                                    Program motivasi pusat pengajian asasi bersama Catriona Ross
                                        Dari kanan, Ustaz Fauwaz, Dr Faridah

Wednesday 29 February 2012

PROMOSI PPA KUIN...

PROMOSI PPA(pusat pengajian asasi)...
 Alhamdulillah , syukur kpd allah atas pertolongannya, pusat pengajian asasi dapat menjalankan promosi di sekolah-sekolah berikut :

1. Nama sekolah : Sek Menengah Kebangsaan Baling
    Tarikh             : 15 Feb 2012
    Sasaran pelajar : 180 orang
2. Nama sekolah : Sek Men Kebangsaan Kuala Pegang
    Tarikh             : 21 Feb 2012
    Sasaran pelajar: 168 orang
3. Nama sekolah : Sek Menengah Agama (arab) An- Najah
    Tarikh             : 21 Feb 2012
    Sasaran pelajar: 85 orang

Tahniah kepada semua staf asasi yang terlibat dalam menjayakan promosi ini..

Tuesday 28 February 2012

SUASANA PROMOSI PPA

SEK MENENGAH KEBANGSAAN BALING.
Ustazah Fadlina sedang memberi penerangan..

Pelajar- pelajar....

SALAM PENGENALAN DARI ASASI KUIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ni.  Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera serta berada di dalam rahmat dan kasih sayang allah..
Terima kasih dari pihak kami yg tidak terhingga kepada para pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk sama2 berkongsi pengalaman dan aktiviti yang telah Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) jalankan.  Semoga segala perkongsian dari pihak kami dan juga dr pihak pengunjung dapat memberi manfaat kepada kita bersama sebagai seorang muslim khususnya dan amnya sebagai seorang manusia.
Di sini pihak kami ingin menerangkan serba ringkas sejarah penubuhan Pusat Pengajian Asasi KUIN.
       Tarikh penubuhan : 1 Mac 2009
       Ketua                  : Dekan Pusat Pengajian Asasi
       Peranan               : Menawarkan program pra-ijazah kepada para pelajar lepasan SPM yang berminat
                                    untuk meneruskan pengajian di KUIN.
      Objektif                : 1. Menyediakan pelajar untuk pendidikan tinggi di dalam pelbagai jurusan Pengajian
                                        Islam,Pengurusan,Perubatan, Kejuruteraan dan Teknologi dengan memperkasakan
                                        pelajar di dalam bidang-bidang yang berkaitan.
                                    2. Penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
      Program               : 1. Asasi Sains (kejuruteraan & perubatan) (PA 9936)
                                    2. Asasi Pengurusan  (A 9723)
                                    3. Asasi Pegajian Islam   (A 9809)        
     Keistimewaan        : 1. Tempoh pengajian semua program di pusat pengajian asasi KUIN adalah  
                                         setahun .
                                    2.  Menawarkan Program 'double - track' iaitu Program Integrasi Insan (Al-
                                          Quran & Program Asasi).
   Jika  berminat boleh membuat permohonan secara online menerusi lama web KUIN :
   http://www.kuin.edu.com