Salam

Tuesday 27 March 2012

INDUKSI PERINTIS 2012...

Tahniah kepada  barisan kepimpinan PERINTIS (persatuan pelajar asasi KUIN) 2012 yang telah dilantik oleh Pusat Pengajian Asasi  untuk menjadi wakil suara pelajar asasi sesi ini.  Seramai 16 orang pelajar telah dilantik.
Dengan ini, satu kursus INDUKSI telah dianjurkan oleh Pusat pengajian asasi bersama Hal Ehwal Pelajar KUIN pada 24 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KUIN.  Program bermula pada 9 pagi dan tamat pada 5 petang.  Turut hadir bersama Penasihat 1 dan Penasihat 2 Persatuan pelajar Asasi KUIN serta para pensyarah asasi yang membantu.  Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan alumni PERINTIS yang terdiri daripada para pelajar Ijazah Sarjana Muda di KUIN.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada barisan kepimpinan PERINTIS berkaitan objektif persatuan,prosedur bagi menjalankan aktivit di bawah persatuan.
Kertas kerja di bentangkan oleh alumni PERINTIS hasil daripada INDUKSI yang dijalankan oleh HEP KUIN.

    Pelajar sedang mendengar penerangan berkaitan prosedur kerja

Barisan kepimpinan PERINTIS 2012

 Barisan kepimpinan Muslimat asasi 
Barisan kepimpinan muslimin asasi

 Modul yang diterima oleh setiap AJK PERINTIS




Ribuan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan PERINTIS yang hadir , jadi dengan ini bermulalah perjuangan kalian.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada barisan penasihat dan juga pensyarah asasi yang membantu dalam melancarkan kursus INDUKSI 2012 ini.
Serta ribuan terima kasih kepada barisan alumni PERINTIS yang membantu..

No comments:

Post a Comment