Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ni. Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera serta berada di dalam rahmat dan kasih sayang allah..
Terima kasih dari pihak kami yg tidak terhingga kepada para pengunjung yang sudi meluangkan masa untuk sama2 berkongsi pengalaman dan aktiviti yang telah Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah (KUIN) jalankan. Semoga segala perkongsian dari pihak kami dan juga dr pihak pengunjung dapat memberi manfaat kepada kita bersama sebagai seorang muslim khususnya dan amnya sebagai seorang manusia.
Di sini pihak kami ingin menerangkan serba ringkas sejarah penubuhan Pusat Pengajian Asasi KUIN.
Tarikh penubuhan : 1 Mac 2009
Ketua : Dekan Pusat Pengajian Asasi
Peranan : Menawarkan program pra-ijazah kepada para pelajar lepasan SPM yang berminat
untuk meneruskan pengajian di KUIN.
Objektif : 1. Menyediakan pelajar untuk pendidikan tinggi di dalam pelbagai jurusan Pengajian
Islam,Pengurusan,Perubatan, Kejuruteraan dan Teknologi dengan memperkasakan
pelajar di dalam bidang-bidang yang berkaitan.
2. Penguasaan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Program : 1. Asasi Sains (kejuruteraan & perubatan) (PA 9936)
2. Asasi Pengurusan (A 9723)
3. Asasi Pegajian Islam (A 9809)
Keistimewaan : 1. Tempoh pengajian semua program di pusat pengajian asasi KUIN adalah
setahun .
2. Menawarkan Program 'double - track' iaitu Program Integrasi Insan (Al-
Quran & Program Asasi).
Jika berminat boleh membuat permohonan secara online menerusi lama web KUIN :
http://www.kuin.edu.com
No comments:
Post a Comment