Salam

Tuesday 20 March 2012

NEXT STEP TO BE OUR FAMILY...

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog asasi kuin, semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang allah.  Semoga kita semua lebih baik dari hari-hari sebelumnya.  Di ambang minit-mint terakhir bagi semua adik-adik diluar sane menerima keputusan SPM 2012.  Keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 21 mac 2012.  Debaran pasti terasa buat adik-adik semua. Sama-samalah kita berdoa supaya allah memberi yang terbaik buat kita semua, jika keputusannya cemerlang alhamdulillah syukur pada allah dengan rezeki yang diberi, jika keputusannya kurang memberangsangkan,jadikan ianya adalah ujian untuk adik-adik  untuk pergi lebih jauh dan lebih berjaya dalam hidup ini. Adik-adik boleh berjumpa dengan staf kami di tempat-tempat berikut:

1. Tempat  : Stadium Sultan Abd Halim, Alor Setar Kedah
    Tarikh    : 20 &21 Mac 2012
2. Tempat : Stadium Sultan Muhammad Shah ke IV, Kota Bharu, Kelantan
     Tarikh : 28 & 29 Mac 2012
3. Tempat : Karnival Pendidikan dan Kerjaya (Jabatan Pendidikan Daerah Seremban Negeri Sembilan)
     Tarikh : 24 & 25 Mac 2012
4.  Tempat :  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
      Tarikh : 21 Mac 2012
5. Tempat : Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah
     Tarikh : 21 Mac 2012
6. Tempat : Sek Men  Keb Syed Ibrahim Pendang, Kedah
    Tarikh  : 21 Mac 2012

Selamat Datang Ke Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah, KUIN
Dekan Pusat Pengajian Asasi mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi kemasukan Jun 2012



No comments:

Post a Comment