Salam

Sunday 8 September 2013

JAMUAN AIDILFITRI ASASI & ALUMNI ASASI 2013.....

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog pusat pengajian asasi...
Semoga tarbiyah ramadhan menjadikan kite muslim  yang lebih baik dari sebelumnya...
Nikmat kemenangan syawal masih dirasai...semoga kemenangan ini istiqamah bertapak di hati setiap kite dalam mengamalkan ibadah kepada Allah...Jadilah kite hamba Allah, bukan hamba Ramadhan...
Alhamdulillah, Allah terus memberi kekuatan kepada seluruh staf Asasi & PERINTIS bagi mengadakan Jamuan Aidilfitri 2013..

.Seramai lebih dari 300 orang pelajar terdiri daripada pelajar asasi & alumni asasi (batch 1 - 3)...Subhanallah Allah mengumpulkan kami semua ....

Antara alumni asasi yang hadir 


Cantik semuanye berbaju raya....


                                           Pengacara majlis yang diimport khas dari alor setar


Walaupun penat masih lagi menceriakan kami semua...Tima kasih....


Antara alumni asasi pengurusan

Majlis juga diserikan dengan persembahan dari pelajar asasi sendiri.Selain itu juga pertandingan membuat kad raya antara kelas asasi.

Persembahan dikir barat yang sangt bersemangat...dilema..dilema....

Persembahan lagu raya.....berbakat juga pelajar asasi nih.......


    Bergambar bersama alumni asasi

Alumni asasi pengurusan 




         Bergambar bersama batch pertama pelajar asasi pengurusan + MPM KUIN

Semoga ukhwah kite semua kekal hingga ke syurga...Marilah kite saling menasihati kerana kebenaran dan juga kesabaran...Semoga semua pelajar yang pernah menjadi student asasi menjadi insan yang berkualiti di dunia dan juga akhirat...Jom terus mencari ILMU Allah...kerana Ilmu Allah itu sangt luas dan bnyk...Marilah kite semua terus memburu kebenaran kerana kebenaran itu adalah dari Sang Pencipta kita.....

Monday 17 June 2013

Program terakhir bersama sem 3 ASP, API dan ASC di Terengganu...

Alhamdulillah, tahniah kepada semua pelajr asasi sem 3 yang telah habis menjalani minggu peperiksaan, dan ini adalah kali terakhir kamu menduduki peperiksaan di asasi...Semoga setiap pelajr asasi akan berjaya di dunia dan akhirat..amien..
Sempena dengan majlis perpisahan sem 3 dan Pusat Pengajian Asasi,PERINTIS telah menganjurkan :

PROGRAM : JAULAH MAHABAH DAN KHIDMAT MASYARAKAT
TEMPAT      : TERENGGANU DARUL IMAN
TARIKH      : 9 - 12 JUN 2013

Wajah2 ceria dalam bas....

Antara tempat yang dilawati (Muzium Negeri Terengganu)



Taman Tamadun Islam...

Semoga ukhwah kite semua kekal hingga ke syurga InshaAllah, jangan serik untuk datang ke asasi,kami sentiasa mengalu2kan kedatangan semua alumni anak2 didik kami...teruskan perjuangan ke peringkat seterusnya iaitu keperingkat Ijazah sarjana muda.....perjuangan masih belum selesai...jangan mengalah dan putus asa dengan setiap ujian Allah yang dihadapi...Kami warga asasi akan terus mendoakan kejayaan kamu semua di dunia dan akhirat..amien....

MSR ASASI kali Pertama 2013....

Alhamdulillah dengan izin Allah Pusat Pengajian Asasi KUIN dapat menjalankan minggu silaturahhim (MSR) buat julung kalinya..Maklumat berkaitan MSR adalah seperti berikut:

PROGRAM : Minggu Silaturahim (MSR) Asasi
TARIKH      : 3-5 JUN 2013
TEMPAT     : Kampus KUIN Kuala Ketil

Subhanallah dgn pertolongan dari Allah dan juga Alumni Asasi, program ini hampir seratus peratus mencapai objektif...Jutaan terima kasih kepada Alumni Asasi yang terlalu bnyk membantu bagi menjayakan program ini, tanpa kalian kami dipihak asasi mungkin xdapat menyempurnakan program ini...Semoga Allah membalas dengan sebaik balasan kepada kalian..Amien Ya Rabb...
Program ini bertujuan untuk mengenalkan KUIN kepada para pelajar baru dan menerapkan rasa sayang kepada KUIN.  Selain itu juga prgram ini cuba menerapkan etika belajar dan juga tujuan hidup yang sebenar bagi seorang muslim.

Suasana hari pendaftaran Asasi

Para ibu bapa yang hadir pada sesi pendftaran



Taklimat waris di Dewan Experimen


Selamat datang kami ucapkan  kepada semua pelajar baru, tahniah dan terima kasih kerana memilih KUIN sebagai tempat belajar anda..Di Pusat Pengajian Asasi kami sangat menekankan setiap pelajar kami akan berjaya di Dunia dan Akhirat...sesungguhnya untuk mendapat Akhirat dengan ilmu, utk mendapatkan dunia juga dengan ilmu..sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas...


MSR bermula....

Pelajar baru sangat bersemangat...

Antara barisan pensyarah dan juga ajk MSR Asasi

Pensyarah yang hadir memberi sokongan...

Muka-muka ceria walaupun penat...

Pelajar lelaki dengan penuh semangat melakarkan universiti idaman 


 
Antara salah satu check point explorace



Majlis penutup dan lafaz ikrar...

Selamat menyertai kami, semoga hari ini lebih baik dari semalam...marilah kite sama2 mengutip ilmu Allah ....



Sunday 12 May 2013

PENDAFTARAN PELAJAR BARU JUN 2013....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog yang di kasihi Allah..Semoga diberi nikmat kesihatan yang baik, bagi yang diuji dengan pelbagai bentuk ujian, semoga terus bersabar...In shaa Allah akan ade hikmah yang mata manusia xdapat melihat....Segalanya yang ditentukan utk kite adalah sesuai dan sangat baik utk kite semua...

Pusat Pengajian Asasi KUIN akan mengambil pelajar baru pada sesi ini...Kemasukan pelajar kali pertama di Kampus baru ...Maklumat pendaftaran pelajar adalah seperti berikut.

TARIKH : 3 JUNE 2013
TEMPAT : PUSAT PENGAJIAN ASASI KAMPUS KUALA KETIL, KEDAH
SEBARANG PERTANYAAN : 04-4155560

Untuk makluman semua pengunjung blog asasi yang di kasihi, Pusat pengajian Asasi menawarkan program Asasi Pengajian Islam, Asasi Sains dan Asasi Pengurusan....Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan program boleh terus ke website rasmi Kolej Universiti Insaniah....
Kami warga Asasi sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua utk menjadi sebahagian dari kami...
VISI UTAMA =1. Menjadikan pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat
                           2. Menintegrasikan ilmu
                           3. Mengislamisasikan ilmu


Marilah bersama-sama kami, macam- macam ada di sini...

Friday 19 April 2013

WATIKAH PERLANTIKAN PERINTIS SESI 2013 2014

Alhamdulillah , tahniah dan takziah kepda kepimpinan baru PERINTIS sesi 2013 2014.....Majlis watikah perlantikan kepimpinan baru telah di rasmikan oleh Dekan Pusat Pengajian Asasi Prof Madya Dr Faridah bt Abu Hassan Assari di Dewan Kuliyyah Kuin kampus Kuala Ketil.

 Cenderahati yang diserahkan oleh Penasihat Am PERINTIS kepda Dekan Pusat Pengajian Asasi

Dengan majlis watikah yang diadakan ini maka secara rasmi  kepimpinan PERINTIS 2013 2014 dilantik secara rasmi.
Lafaz Ikrar yang di ketuai oleh Presiden Abbas Afifi B. Shamsuddin

Tahniah kpd kepimpinan Perintis , semoga segala aktiviti perintis yang akan dirancang selepas ni dapat menjadikan semua warga Pusat Asasi (pelajar+staf) dapat mencapai visi KUIN iaitu cemerlang di dunia dan akhirat. Di sini medan utk kamu semua menimba pelbagai pengalaman susah dan senang dalam menguruskan sesuatu progrm...Pengalaman ini tidak dapat di cari dalam buku . 

    Bergambar bersama Mantan Perintis sesi 2013 2014



Vip + Staf Pusat Pengajian Asasi yang hadir


        Barisan kepimpinan baru PERINTIS sesi 2013 2014

Teruskan menunaikan amanah pada haknya semoga kite diberkati segala urusan, semoga dengan PERINTIS menjadi medium dan medan kite semua berbuat kebaikan dan bermanfaat kepada orang lain kerana Allah....amien.....

Pssst: Nantikan Induksi di peringkat Pusat pengajian asasi yang akan di adakan minggu depan in shaa allah

Wednesday 20 February 2013

Pengumuman perpindahan Asasi...

PERHATIAN!!!!

Kepada semua pelajar Asasi. Maklumat perpindahan adalah seperti berikut :

3 Mac 2013 - pendaftaran sem 3 di KUIN Mergong

13 - 14 Mac 2013 - Cuti untuk proses perpindahan ke KUIN 

                             Kuala Ketil

16 Mac 2013 - Berpindah ke KUIN Kuala Ketil

                        (bagi yang memerlukan pengangkutan untuk   

                        perpindahan sila beri nama pada Amer Syauqe  

                        dengan segera)

17 Mac 2013 - Mula kuliah di KUIN Kuala Ketil in sha Allah


Semoga dengan perpindahan semua pelajar Asasi ke Kuala Ketil akan memberi sinar baru kepada pelajar dan staf Asasi...Amien....


 

 

Tahniah kepada pelajar asasi sem 2....

Assalamualaikum kpd semua pengunjung Blog asasi, semoga kita semua berada dalam kesihatan yang baik....Tahniah kepada para pelajar asasi Sem 2 yang telah menamatkan Peperiksaan akhir semester pada 17 Feb 2013....Segala usaha telah dilakukan sekarang masanya kite semua untuk bertawakal kepada Allah....Allah akan bg yang terbaik untuk kite semua...in shaa Allah....


Semoga ketenangan bersama kite

Semoga kejayaan bersama kite..in sha allah...

Wednesday 6 February 2013

Final exam sem 2 Sesi 2012/2013.....

Assalamualaikum, minggu exam makin tiba, diharapkan semua pelajar asasi sem 2 dalam mod persediaan....Peringatan untuk semua pelajar :

1. Sila pastikan anda telah print slip peperikasaan
2. Sila berjumpa dengan MENTOR masing-masing jika ada masalah .
3. Sila berjumpa dengan pentadbiran asasi jika mengalami masalah berkaitan dgn portal dan slip peperiksaan
4. Sila update jadual peperiksaan beserta masa, tempat.Anda boleh mndpatkan jadual peperiksaan di  
    Pusat  Asasi.
5.  Sila berpakaian kemas , berkasut, pakaian formal ketika masuk ke dewan peperiksaan.


 Bittaufiq wannajah...

 D.U.I.T (Doa + Usaha + Iltizam +Tawakal ) = Kejayaan
 Selamat Maju jaya dari semua Staf akademik dan sokongan Pusat Pengajian Asasi

KEKUATAN ASAS KEJAYAAN......

Selesai sudah Program Family Day peringkat Asasi kali ke 2.... Tahniah kpd barisan ahli jawatankuasa yg bertukus lumus bg menjayakan program ini... Setinggi tahniah Asasi ucapkan...sesungguhnya pengalaman yg anda dpat tidak dpt dijual beli...

Program : Family day kali ke 2
Tarikh : 1 - 2 Feb 2013
Tempat : Stadium KUIN
            : Sport planet
            : DSAHO KUIN
Tema   : Kekuatan asas Kejayaan
Anjuran : PERINTIS dan Pusat Pengajian Asasi

Family dirangka bagi memenuhi syarat kerja khusus bagi setiap progrm yang ditawarkan di Asasi..Program ditawarkan di Asasi adlah Asasi Pengajian Islam, Asasi Pengurusan, Asasi sains...Untuk Makluman, Asasi bertukus lumus bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat sejajar dengan misi dan visi KUIN.... Asasi adalah satu pusat yang memproses pelajar dari segi sahsiah, akhlak dan juga akademik....
Program ini juga adlah sala satu wadah untuk mengintegrasikan semua pelajar di pusat pengajian asasi....Mukmin Professional.....

Suasana di stadium KUIN waktu sukaneka

acara pancing botol


Bertungkus lumus mencari kejayaan memancing botol....

Penyokong setia......pom pom girl....

Malam kebudayaan....berbakat semua pelajar asasi....

menanti penyampaian hadiah.....berdebar2....
berdebar2....

antara pemenang....

tahniah kpd pemenang...



antara kumpulan yang menang...

antara kumpulan yang menang...


Gambar mega Family day....

Tahniah kepada semua...(Staff Asasi dan semua pelajar )....Semoga Ukhwah kite semua di dunia dan akhirat...