Salam

Tuesday 22 May 2012

PERASMIAN PERINTIS SESI 2012/2013

Alhamdulillah dan jutaan terima kasih bagi semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Watikah Perlantikan Perintis untuk sesi 2012/2013.Tahniah kepada ahli jawatankuasa perintis yang bertukus lumus melancarkan prgam tahunan ini. Maklumat Program Watikah Perlantikan Perintis:

Tempat : Dewan Santapan Kolej Universiti Insaniah
Masa : 9.30pg-1ptg
Tarikh : 14 Mei 2012

Dengan ini secara rasminya semua ahli jawatankuasa Perintis menjadi pembantu Pensyarah-pensyarah di Pusat Pengajian Asasi (PPA) dan juga menjadi wadah untuk semua pelajar Asasi KUIN bertepatan dengan polisi Perintis .
Persatuan Perintis dianggotai oleh 16 orang pelajar yang terdiri dari Majlis Tertinggi dan juga Biro-biro yang bertanggungjawab mengadakan prgram yang selari dengan objektif penubuhan Perintis.
Persatuan Perintis juga di ketuai oleh Dekan Pusat Pengajian Asasi yang bertindak sebagai Penaung dan juga 3 penasihat dalam ketiga-tiga progrm asasi iaitu Asasi Pengajian Islam(API), Asasi Sains(ASC) dan juga Asasi pengurusan(ASP) iaitu Penasihat Am , Penasihat 1 dan juga Penasihat 2.

Diharapkan barisan Kepimpinan Perintis sesi 2012/2013 dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sepenuhnya.  Dan juga mengamalkan konsep berpersatuan sepertimana dianjurkan oleh islam.  Dalam persatuan juga semua pelajar belajar mengenali pelbagai karenah dan juga pelbagai cabaran .  Berpesatuan juga mengajarkan kita semua konsep takaful, berlapang dada dan elakkan kita semua mendabik dada.  Kita semua belajar menjadi yang terbaik dari segi Akademik, Sahsiah, Akhlak dan juga Optimum dalam setiap perancangan.
Barisan kepimpinan dan juga barisan pensyarah,penasihat dan juga Dekan Pusat Pengajian Asasi, KUIN.
Selamat mejalankan tugas dengan amanah semoga sebaik-baik balasan allah ganjarkan kepada kita..amien...

Barisan Kepimpinan Perintis 2012/2013
Barisan VIP yang hadir, Penasihat Am, Timbalan Dekan HEP, Dekan Pusat Pengajian Asasi, dan Penasihat 2
Barisan Pensyarah yang hadir

Persembahan kumpulan nasyid dr pelajar Asasi