Salam

Sunday 22 July 2012

SMART CAMP 2012

 Alhamdulillah dan Jazakumullah khairan kathira kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan program SMART CAMP 2012. Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Asasi, KUIN ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dengan bilangan peserta seramai 50 orang. Berikut adalah butiran ringkas mengenai kem ini :

Tarikh : 31 Mei 2012 - 2 Jun 2012.
Tempat : Kem Paya Pahlawan, Jitra.


Sinergi : All for one, One for All

 Objektif Kem :

1. Memberikan pengetahuan mengenai cara hidup berdikari serta membina keyakinan diri.
2. Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama serta menghormati antara satu sama lain.
3. Memotivasikan diri peserta untuk lebih berdisiplin dan bijak dalam membahagikan masa.
4. Mengeratkan silaturrahim antara setiap peserta.




Barisan urusetia dari kalangan pensyarah Asasi KUIN


Peserta-peserta muslimat yang sporting

 Dengan motto " Smart PACK  : Person, Attitude, Confident, Knowledge " , para peserta telah menyertai pelbagai aktiviti menarik bagi mencapai objektif yang digariskan.


Asasi Got Talent
Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Aku, Dia dan Kamu
2. Kembara Keinsafan
3. Mukmin Profesional
4. Zikir Nafas
5. Asasi Got Talent
6. Malam Muda Mudi






dan banyak lagi aktiviti yang menarik..


Lake crossing


Demi Masa : Berakit

Bergambar sebelum bertolak pulang


Kita doakan agar kem seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang. Insya Allah..