Salam

Monday 17 June 2013

Program terakhir bersama sem 3 ASP, API dan ASC di Terengganu...

Alhamdulillah, tahniah kepada semua pelajr asasi sem 3 yang telah habis menjalani minggu peperiksaan, dan ini adalah kali terakhir kamu menduduki peperiksaan di asasi...Semoga setiap pelajr asasi akan berjaya di dunia dan akhirat..amien..
Sempena dengan majlis perpisahan sem 3 dan Pusat Pengajian Asasi,PERINTIS telah menganjurkan :

PROGRAM : JAULAH MAHABAH DAN KHIDMAT MASYARAKAT
TEMPAT      : TERENGGANU DARUL IMAN
TARIKH      : 9 - 12 JUN 2013

Wajah2 ceria dalam bas....

Antara tempat yang dilawati (Muzium Negeri Terengganu)



Taman Tamadun Islam...

Semoga ukhwah kite semua kekal hingga ke syurga InshaAllah, jangan serik untuk datang ke asasi,kami sentiasa mengalu2kan kedatangan semua alumni anak2 didik kami...teruskan perjuangan ke peringkat seterusnya iaitu keperingkat Ijazah sarjana muda.....perjuangan masih belum selesai...jangan mengalah dan putus asa dengan setiap ujian Allah yang dihadapi...Kami warga asasi akan terus mendoakan kejayaan kamu semua di dunia dan akhirat..amien....

MSR ASASI kali Pertama 2013....

Alhamdulillah dengan izin Allah Pusat Pengajian Asasi KUIN dapat menjalankan minggu silaturahhim (MSR) buat julung kalinya..Maklumat berkaitan MSR adalah seperti berikut:

PROGRAM : Minggu Silaturahim (MSR) Asasi
TARIKH      : 3-5 JUN 2013
TEMPAT     : Kampus KUIN Kuala Ketil

Subhanallah dgn pertolongan dari Allah dan juga Alumni Asasi, program ini hampir seratus peratus mencapai objektif...Jutaan terima kasih kepada Alumni Asasi yang terlalu bnyk membantu bagi menjayakan program ini, tanpa kalian kami dipihak asasi mungkin xdapat menyempurnakan program ini...Semoga Allah membalas dengan sebaik balasan kepada kalian..Amien Ya Rabb...
Program ini bertujuan untuk mengenalkan KUIN kepada para pelajar baru dan menerapkan rasa sayang kepada KUIN.  Selain itu juga prgram ini cuba menerapkan etika belajar dan juga tujuan hidup yang sebenar bagi seorang muslim.

Suasana hari pendaftaran Asasi

Para ibu bapa yang hadir pada sesi pendftaran



Taklimat waris di Dewan Experimen


Selamat datang kami ucapkan  kepada semua pelajar baru, tahniah dan terima kasih kerana memilih KUIN sebagai tempat belajar anda..Di Pusat Pengajian Asasi kami sangat menekankan setiap pelajar kami akan berjaya di Dunia dan Akhirat...sesungguhnya untuk mendapat Akhirat dengan ilmu, utk mendapatkan dunia juga dengan ilmu..sesungguhnya ilmu Allah itu maha luas...


MSR bermula....

Pelajar baru sangat bersemangat...

Antara barisan pensyarah dan juga ajk MSR Asasi

Pensyarah yang hadir memberi sokongan...

Muka-muka ceria walaupun penat...

Pelajar lelaki dengan penuh semangat melakarkan universiti idaman 


 
Antara salah satu check point explorace



Majlis penutup dan lafaz ikrar...

Selamat menyertai kami, semoga hari ini lebih baik dari semalam...marilah kite sama2 mengutip ilmu Allah ....