Salam

Friday 30 November 2012

SEM 3 Asasi selesai peperiksaan akhir...

Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan semester 3 untuk pelajar asasi...Akhirnya selesai juga 3 semester berhempas pulas..semoga segala usaha, doa dan tawakal di ganjarkan dengan sebaik2 balasan dari Allah...Pusat pengajian Asasi mengucapkan tahniah bagi pelajar asasi sem 3 dan kami mendoakan kejayaan kamu semua....Pusat pengajian Asasi mengucapkan jutaan terima kasih pada pelajar asasi sem 3 kali ini yang banyak membantu pusat pengajian asasi amnya dan para pensyarah serta para pelajar asasi yang lain..sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalaskan...

Kini tiba masanya kamu semua melangkah ketahap yang lebih tinggi...semoga kamu semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta menjadi insan yang mendapat 4.0 di dunia dan akhirat mengikut bidang masing-masing...

SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN UNTUK KITE SEMUA...

Monday 26 November 2012

TAKLIMAT ASASI....

Alhamdulillah selesai taklimat asasi bertarikh 22 November 2012 di Dewan Santapan KUIN....Terima kasih kepada wakil2 yang terlibat daripada HEP, BENDAHARI, IT dan juga dari Dekan Pusat Pengajian Asasi  Kolej Universiti Insaniah sendiri...Semoga dengan adanya taklimat sebegini dapat menyelesaikan masalah pelajar2 asasi...
Taklimat dari En Taufiq wakil dari perpustakaan KUIN....
Semoga dengan adanya taklimat ini semua pelajar asasi terdedah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.  Pelajar-pelajar asasi dinasihatkan supa lebih peka dengan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran...aktifkan diri dengan perkara2 yang bermanfaat seiring mempertingkatkan potensi diri.  
 Pelajar-pelajar yang hadir mendengarkan taklimat asasi

Diminta semua pelajar asasi update berkenaan pendaftaran kursus , bendahari dan juga program2 yang dianjurkan Pusat Pengajian Asasi serta PERINTIS...
Setiap pelajar asasi perlu berjumpa dengan MENTOR yang dilantik dari pensyarah Pusat Pengajian Asasi. Program MENTOR MENTEE bertujuan mendidik, melatih, menasihati dan membimbing pelajar asasi menjadi insan yang 4.0 dari segi akademik dan juga sahsiah.
Segala yang terbaik disediakan oleh KUIN untuk menjadikan para pelajarnya cemerlang di dunia dan juga akhirat..inshaallah..





Sunday 4 November 2012

Kepada semua pelajar sem 2....

Salam kepada semua pengunjung blog , semoga sihat dan dalam keadaan tenang... Selamat menduduki peperiksaan SPM bg yang terlibat... Kami pihak asasi mendoakan yang terbaik untuk anda semua.  Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang inshaallah...
Pengumuman kepada para  pelajar asasi yang akan mendaftar untuk sem 2 2012/2013, sila berjumpa dengan MENTOR masing-masing untuk mendapatkan nasihat bagi memilih subjek pada sem 2.  Untuk makluman semua,pemilihan subjek adalah bergantung kepada keputusan anda pada sem 1.  Bagi para pelajar yang belum mengetahui siapakah MENTOR, sila berjumpa dengan En Malik di pejabat asasi.
TAHNIAH bagi yang mendapat keputusan yang cemerlang, dan USAHA lebih lagi bagi yang kurang berjaya..Inshaallah kejayaan akan menanti bagi sesiapa yang berusaha.  Bagi yang mendapat status LB(lulus bersyarat) dan GB (gagal berhenti), sila berjumpa dengan MENTOR anda dengan kadar segera...