Salam

Tuesday 23 October 2012

SALAM AIDILADHA .....

Assalamualaikum kpd semua pengunjung blog....seluruh staff pusat pengajian asasi ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha@ hari raya korban....

Salam aidiladha

Semoga segala pengorbanan kita ke arah perkara yang baik memberi pahala kepada kita semua ..inshaallah..

Sambutan hari raya aidiladha ini Allah kurniakan kepada kita (umat islam) di atas kejayaan nabi Ibrahim dan juga nabi Ismail.Semoga kita semua lebih mengambil kira syariat Allah lebih dari segalanya...amien...
 

Wednesday 3 October 2012

Pengambilan pelajar baru Disember 2012...

Kolej Universiti Insaniah akan membuat pengambilan baru pada Disember 2012. Permohonan boleh dibuat melalui website Kuin dan juga boleh terus datang ke Jabatan Hal Ehwal Akademik Kolej Universiti Insaniah untuk mengambil borang secara manual.  Kami Pihak Pusat pengajian Asasi sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar baru  pada sesi ini.  Untuk pengetahuan semua Pusat Pengajian Asasi menawarkan 3 prgrm iaitu :
1. Asasi Pengajian Islam
2. Asasi Pengurusan
3. Asasi Sains
Semua prgrm yang kami tawarkan mendapat pengiktirafan dari pihak MQA Malaysia. Tempoh masa pembelajaran asasi adalah selama 1 tahun, dan selepas itu semua pelajar yang menamatkan pengajian di peringkat asasi boleh menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Marilah bersama-sama kami berkongsi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan disamping mengislamisasikan ilmu....
Kami staf pusat pengajian Asasi sangat mengalu-alukan kedatangan pelajar baru
 



Final Exam...

Kepada semua pelajar asasi sem 1 sesi 2011/2012, peperiksaan akhir akan diadakan pada 14 okt 2012 - 20 okt 2012.  Antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menghadapai peperiksaan:
 1. Sila semak jadual peperiksaan di Pusat pengajian asasi.
 2. Sila isi borang evaluasi Pensyarah melalui portal pelajar.
 3. Sila print slip peperiksaan melalui portal pejalar.
 4. Jangan lupa berjumpa dengan mentor masing-masing sebelum menduduki peperiksaan.
 5. Jangan lupa bawa slip peperiksaan, kad matrik@ kad pengenalan ketika menduduki         
     peperiksaan.
 6. Semoga beroleh kejayaan..amien...

 "All the best" kepada semua pelajar asasi yang akan menduduki peperiksaan..


Majlis Graduasi Kali Ke 3 selesai...

Alhamdulillah di atas kerja sama semua pihak dari kalangan Staf Asasi dan para pelajar asasi majlis graduasi kali ke 3 dapat dijalankan dengan gilang gemilang.  Jutaan terima kasih diatas bantuan semua pihak.  Majlis graduasi juga diserikan oleh konsert UNIC dan PAK LONG pada malamnya.  Sambutan untuk konsert sangat memberangsangkan.

Barisan staf asasi yang terlibat bagi menjayakan Majlis Graduasi kali ke 3 sesi 2011/2012