Salam

Tuesday 27 March 2012

INDUKSI PERINTIS 2012...

Tahniah kepada  barisan kepimpinan PERINTIS (persatuan pelajar asasi KUIN) 2012 yang telah dilantik oleh Pusat Pengajian Asasi  untuk menjadi wakil suara pelajar asasi sesi ini.  Seramai 16 orang pelajar telah dilantik.
Dengan ini, satu kursus INDUKSI telah dianjurkan oleh Pusat pengajian asasi bersama Hal Ehwal Pelajar KUIN pada 24 Mac 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama KUIN.  Program bermula pada 9 pagi dan tamat pada 5 petang.  Turut hadir bersama Penasihat 1 dan Penasihat 2 Persatuan pelajar Asasi KUIN serta para pensyarah asasi yang membantu.  Majlis berjalan dengan lancar dengan bantuan alumni PERINTIS yang terdiri daripada para pelajar Ijazah Sarjana Muda di KUIN.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada barisan kepimpinan PERINTIS berkaitan objektif persatuan,prosedur bagi menjalankan aktivit di bawah persatuan.
Kertas kerja di bentangkan oleh alumni PERINTIS hasil daripada INDUKSI yang dijalankan oleh HEP KUIN.

    Pelajar sedang mendengar penerangan berkaitan prosedur kerja

Barisan kepimpinan PERINTIS 2012

 Barisan kepimpinan Muslimat asasi 
Barisan kepimpinan muslimin asasi

 Modul yang diterima oleh setiap AJK PERINTIS




Ribuan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan PERINTIS yang hadir , jadi dengan ini bermulalah perjuangan kalian.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada barisan penasihat dan juga pensyarah asasi yang membantu dalam melancarkan kursus INDUKSI 2012 ini.
Serta ribuan terima kasih kepada barisan alumni PERINTIS yang membantu..

Tuesday 20 March 2012

NEXT STEP TO BE OUR FAMILY...

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog asasi kuin, semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang allah.  Semoga kita semua lebih baik dari hari-hari sebelumnya.  Di ambang minit-mint terakhir bagi semua adik-adik diluar sane menerima keputusan SPM 2012.  Keputusan SPM 2012 akan diumumkan pada 21 mac 2012.  Debaran pasti terasa buat adik-adik semua. Sama-samalah kita berdoa supaya allah memberi yang terbaik buat kita semua, jika keputusannya cemerlang alhamdulillah syukur pada allah dengan rezeki yang diberi, jika keputusannya kurang memberangsangkan,jadikan ianya adalah ujian untuk adik-adik  untuk pergi lebih jauh dan lebih berjaya dalam hidup ini. Adik-adik boleh berjumpa dengan staf kami di tempat-tempat berikut:

1. Tempat  : Stadium Sultan Abd Halim, Alor Setar Kedah
    Tarikh    : 20 &21 Mac 2012
2. Tempat : Stadium Sultan Muhammad Shah ke IV, Kota Bharu, Kelantan
     Tarikh : 28 & 29 Mac 2012
3. Tempat : Karnival Pendidikan dan Kerjaya (Jabatan Pendidikan Daerah Seremban Negeri Sembilan)
     Tarikh : 24 & 25 Mac 2012
4.  Tempat :  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah
      Tarikh : 21 Mac 2012
5. Tempat : Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah
     Tarikh : 21 Mac 2012
6. Tempat : Sek Men  Keb Syed Ibrahim Pendang, Kedah
    Tarikh  : 21 Mac 2012

Selamat Datang Ke Pusat Pengajian Asasi Kolej Universiti Insaniah, KUIN
Dekan Pusat Pengajian Asasi mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar baru sesi kemasukan Jun 2012



Wednesday 14 March 2012

PROMOSI SEK MEN KEB SYED IBRAHIM...

Promosi seterusnya di Sekolah Menengah Keb Syed Ibrahim, Pendang Kedah.  Alhamdulillah, kerjasama yang sangat baik diberikan oleh pihak sekolah. Jutaan terima kasih di ucapkan dari pihak Pusat Pengajian asasi KUIN kepada Pengetua, En Jamil, kaunselor dan juga guru-guru yang terlibat dalam program motivasi & promosi yang diadakan semalam.  Seramai 180 orang pelajar tingkatan 5 terlibat.  Program dimulakan dengan kaedah belajar yang betul untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan akhirat.
 Para pelajar sedang mendengar penerangan....


Ustazah Nazuha sedang memberi penerangan berkaitan teknik belajar pelajar cemerlang...




Penerangan daripada Puan Umaira

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.  Para pelajar yang berminat boleh terus menghubungi pihak Pusat Pengajian asasi atau terus melayari ke website KUIN, atau meninggalkan komen atau soalan diruangan komen blog ini..sekian terima kasih...


Sunday 4 March 2012

MAJLIS PERPISAHAN...

Majlis perpisahan bersama ustaz Ahmad Fauwaz B Fadzil Noor telah diadakan pada 1 mac 2012.  Pusat Pengajian Asasi KUIN kehilangan seorang ustaz yang berkaliber dan juga sebagai penyelaras Asasi Pengajian Islam KUIN. Ustaz sangat banyak membantu para pelajar dalam memahami kepentingan ilmu.  Selain itu juga pusat pengajian asasi mengadakan usrah bersama staf asasi dan juga ustaz Fauwaz setiap bulan.  Terlalu bnyk perkongsian ilmu yang ustaz curahkan kepada kami staf mahupun para pelajar asasi.  Semoga ustaz tidak akan jemu-jemu lagi untuk membntu kami semua dalam mencapai misi dan visi KUIN dan juga menjadi hamba Allah yang berjiwa tawazun. Semoga segala ilmu, pengalaman , pendapat ustaz yang baik Allah membalasnya dengan sebaik balasan inshaallah dan semoga lebih berjaya di dunia dan akhirat..amien..
                                    Program motivasi pusat pengajian asasi bersama Catriona Ross
                                        Dari kanan, Ustaz Fauwaz, Dr Faridah